26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kapal pengangkut China curi bangkai kapal perang lama British

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBUAH kapal pengangkut dari China ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili kerana disyaki mencuri bangkai kapal perang lama British Ahad lalu.

Maritim Malaysia menerusi kenyataan berkata, penahanan dibuat dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Warisan dan Jabatan Laut Malaysia berjaya menemui sekitar 100 butir peluru dipercayai masih aktif dalam kapal tersebut. 

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, penemuan peluru-peluru itu dilakukan ekoran penemuan peluru meriam di atas kapal terbabit yang disyaki berasal daripada peluru zaman perang dunia kedua.

“Operasi yang bermula pukul  8 pagi dan berakhir sekitar pukul 4 petang itu melibatkan dua buah aset Maritim Malaysia bersama 15 pegawai dan anggota Maritim Malaysia.

Advertisements

“Selian itu, operasi turut disertai 12 anggota unit Pemusnah Bom Polis Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor, tujuh anggota Jabatan Warisan dan seorang anggota Jabatan Laut Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua peluru pelbagai saiz yang ditemui telah diambil dan dibawa oleh Unit Pemusnah Bom PDRM untuk dimusnahkan. 

“Laporan lanjut berkaitan penemuan ini akan dikeluarkan pihak PDRM.

“Maritim Malaysia tidak menolak kemungkinan kapal yang berdaftar dari Fuzhou, China ini terlibat dalam aktiviti pencurian bangkai kapal perang lama British di perairan Pahang,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan