25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Siasatan SPRM: Petronas terus beri kerjasama penuh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PETRONAS akan terus memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan dakwaan rasuah melibatkan projek syarikat minyak negara itu dan sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa di Sarawak.

Dalam kenyataannya Petronas mendakwa syarikat itu telah memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatan tersebut yang tidak menemukan sebarang salah laku oleh syarikat, pekerja atau pengarahnya di bawah Akta SPRM 2009.

Menurut kenyataan itu Petronas juga akan terus meningkatkan dan mengukuhkan prosedur operasi standardnya sebagai usaha berterusan yang serius dalam mencegah dan memerangi segala bentuk rasuah serta salah laku pekerja, pengarah dan pihak ketiga yang diambil bekerja oleh atau bagi pihak syarikat dalam kumpulan itu.

Advertisements

Kenyataan itu memaklumkan ia dilakukan atas saranan SPRM dan sejajar dengan toleransi sifar Petronas terhadap rasuah.

SPRM dalam kenyataannya semalam mengesahkan suruhanjaya itu telah membuka fail siasatan berhubung dakwaan yang disiarkan di sebuah portal baru-baru ini dan Petronas telah memberi kerjasama penuh kepada SPRM.

Portal berkenaan dalam artikelnya mendakwa Petronas telah memberi kontrak bernilai hampir RM400 juta kepada syarikat yang sebelum ini telah diputuskan bersalah atas penglibatan rasuah di seluruh dunia. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan