26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 14, 2024

Laluan kontra koridor Ampang beri manfaat pengguna

Rapid Bus berganding bahu dengan DBKL perkenal ‘tidal flow lanes’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BERITA baik buat pengguna perkhidmatan Rapid Bus!

Ekoran pengumuman inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi menangani masalah kesesakan jalan raya, Rapid Bus Sdn Bhd dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melancarkan laluankontra (“tidal flow lanes”) mulai 3 Julai ini di Koridor Ampang.

Ia melibatkan laluan di Jalan Ampang dari Ampang Point ke Jalan Tun Razak.

Bukti konsep (“Proof of Concept – POC”) laluan kontra bagi perkhidmatan ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia, dan akan melibatkan tiga laluan, iaitu Laluan 300 (Pandan Indah – Lebuh Ampang), Laluan 303 (Taman Mulia Jaya – Lebuh Ampang) dan DS01 (LRT Ampang – Ampang Park/KLCC).

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij berkata, kami di Rapid Bus senantiasa berusaha untuk mempertingkatkan pengalaman penumpang kami.

Advertisements

“Salah satu komponen yang agak kritikal adalah memastikan agar bas kami tiba di hentian mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Sahutan daripada pengumuman kerajaan dalam inisiatif penambahbaikan perkhidmatan bas ini, kami mensasar untuk mempertingkat mutu perkhidmatan bas Rapid KL dan seterusnya menaikkan kebolehpercayaan perkhidmatan kepada orang awam,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, dengan adanya satu laluan sementara yang dibuka khas untuk pengangkutan bas awam sahaja, pada waktu puncak pagi dan petang, ianya akan memastikan kekerapan bas yang lebih tepat, sekaligus memendekkan masa menunggu para penumpang.

Yazurin menambah, laluan kontra ini akan mengelakkan bas-bas kami daripada tersekat di dalam kesesakan trafik, yang selalunya menjadi punca utama kelewatan tiba di hentian mereka.

“Kami berharap lebih ramai penduduk di sekitar Ampang akan menggunakan perkhidmatan bas sebagai pilihan utama mereka untuk ke pusat bandaraya Kuala Lumpur. Jimat, cepat dan mudah,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agrobank tawar RM300 juta perkasa perniagaan berasaskan digital

AGROBANK menawarkan pembiayaan berjumlah RM300 juta kepada perusahaan mikro kecil dan sederhana (PKMS) melalui Program Digital Niaga dengan kerjasama...

Lagi Artikel Berkaitan