Thursday, June 4, 2026

Jajaran KL-NODE akan dibina secara bertingkat, atasi kesesakan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JAJARAN Lebuhraya Kuala Lumpur Northern Dispersal Expressway (KL-NODE) daripada Persimpangan Bertingkat Templer, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) hingga ke Persimpangan Jalan Kuching, Lebuhraya DUKE akan dibina secara bertingkat (elevated) di atas jalan sedia ada sehingga ke Jalan Kuching.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, dijangkakan ia akan dapat memberikan aliran trafik yang lancar terutamanya daripada Rawang/LATAR ke Pusat Bandar Kuala Lumpur.

“Pada masa yang sama juga akan dapat mengurangkan kesesakan di Jalan Persekutuan (FT001) dan di Jalan Kuching,” katanya dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Alexander berkata demikian bagi menjawab soalan menerusi usul kamar khas daripada William Leong Jee Keen.

Jee Keen meminta Menteri menjawab soalan mengenai status pembinaan KL NODE baginatasi kesesakan dan jika ia tidak dilaksanakan adakah kementerian mempunyai rancangan untuk menyelesaikan kesesakan di jalan tersebut, misalnya, dengan projek meluaskan FT001 dengan membina sebuah lorong untuk kenderaan berat mendaki bukit di Amansiara.

Beliau berkata, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan Projek Penswastaan Lebuh Raya Kuala Lumpur Northern Dispersal Expressway (KL-NODE) secara struktur jejambat (elevated) sepanjang 40.91 km dengan pembahagian tiga seksyen.

“Seksyen 1: bermula dari Lebuhraya EKVE ke Persimpangan Selayang sepanjang 22.51km; Seksyen 2: bermula dari Persimpangan Selayang ke Lebuhraya LATAR sepanjang 8.78km; dan Seksyen 3: bermula dari Persimpangan Selayang ke Lebuhraya DUKE sepanjang 9.62km.

Ujar Alexander, Lebuhraya KL-NODE adalah merupakan jajaran yang melengkapkan lingkaran lebuhraya Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR) sebagai sistem penyuraian trafik bagi Lembah Klang secara menyeluruh.

“KLORR akan memberikan laluan pilihan kepada pengguna untuk bypass Pusat Bandaraya Kuala Lumpur yang mana secara tidak langsung akan dapat mengurangkan kesesakan di Lembah Klang,” katanya.

Menurut beliau, kementerian memahami keperluan untuk menaiktaraf Jalan Persekutuan (FT001).

“Oleh itu, Kementerian telah mengangkat cadangan Menaiktaraf Jalan Persekutuan (FT001) dengan menambah satu.

“Lorong Mendaki bermula dari Susur Keluar Jalan Kuching (Persimpangan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak) sehingga ke Susur Masuk Taman
Amansiara, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan pada RollingnPlan (RP4), Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).

“Walaubagaimanapun kelulusan bagi cadangan projek tersebut tertakluk kepada pertimbangan Agensi Pusat berdasarkan keutamaan dan kedudukan kewangan kerajaan,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan