25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Zahid ketuai pimpinan UMNO lawat Hajiji

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa dengan mengetuai pimpinan parti itu menziarahi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Kota Kinabalu.

Difahamkan, Hajiji baru keluar dari hospital bagi menjalani pembedahan.

Perkara tersebut dikongsinan Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melalui hantaran di Facebbok.

Menurut Asyraf, Ahmad Zahid melakukan ziarah itu sebelum berlepas pulang dari Kota Kinabalu selepas hadir Majlis Aidilfitri Badan Perhubungan Umno Sabah.

Turut hadir menziarah Hajiji ialah Naib Presiden Umno, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Advertisements

“Sebelum berlepas pulang kelmarin dari Kota Kinabalu sempat bersama dengan Presiden UMNO, Ahmad Zahid bersama kepimpinan UMNO Pusat dan UMNO Sabah termasuk Bung Mokhtar menziarahi YAB Ketua Menteri Hajiji Haji Noor yang baru keluar dari Hospital bagi menjalani pembedahan. 

“Moga Allah berikan kesembuhan yang sempurna buat beliau,” katanya pada hantaran tersebut.

Sebelum ini, Edisi 9 melaporkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dijadual menjalani prosedur kecil bagi membuang batu karang pada minggu ini.

Perkara tersebut disahkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan Hajiji mengalami kesakitan namun dalam keadaan sihat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan