Friday, June 5, 2026

Suami isteri ditahan selepas aksi ‘wheelie’ tular

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEPASANG suami isteri ditahan hari ini selepas aksi ‘wheelie’ yang dilakukan di Jalan Pasir Puteh, Peringat, Kota Bharu, di Kelantan tular.

Pasangan berusia 16 dan 17 tahun itu telah menyerah diri pada pukul 10 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, sebelum itu pasangan suami isteri terbabit bertindak menghilangkan diri selama dua hari selepas diburu pihak polis.

“Mereka kini dalam proses permohonan reman pada Jumaat untuk siasatan lanjut.

“Kes akan disiasat bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujar beliau, kedua-dua suspek dipercayai terlibat dalam aksi menunggang motosikal secara merbahaya yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Menurutnya, jika disabitkan kesalahan mereka boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000, tidak lebih daripada RM15,000.

Terdahulu, media melaporkan polis mengesan pasangan berkenaan yang melakukan aksi ‘wheelie’.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, aksi tular itu memaparkan penunggang terbabit lengkap berpakaian baju Melayu.

-EDISI9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan