32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Budak tanpa butiran diri ditemukan di loji Kajang

Mesti Baca

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia antara dua atau tiga tahun ditemui terbaring seorang diri di kawasan loji di Taman Juara Jaya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan kanak-kanak itu kira-kira pukul 9.40 pagi.

“Semasa ditemui, kanak-kanak tersebut lengkap berpakaian t-shirt warna merah dan berseluar putih, tidak memakai selipar dan dalam keadaan terbaring dalam kawasan loji tersebut. 

Advertisements

“Tiada sebarang butiran maklumat kanak-kanak lelaki berkenaan diperolehi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata, kanak-kanak lelaki tersebut telah dihantar ke Hospital Kajang dan masih ditempatkan di Bahagian Kecemasan untuk rawatan lanjut. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohd Faeez bin Norzah di talian 013-2773407 atau mana-mana Balai Polis berdekatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dituduh pakai ijazah palsu, calon PN dedah transkrip universiti

GARA-GARA dituduh menggunakan ijazah palsu, calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut mendedahkan transkrip...

Lagi Artikel Berkaitan