Friday, June 5, 2026

Semak tunggakan cukai sebelum rancang ke luar negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menyarankan kepada semua pembayar cukai untuk menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan masing-masing sebelum merancang sebarang perjalanan percutian ke luar negara.

LHDN dalam kenyataan berkata, sekatan perjalanan merupakan tindakan terakhir yang dikenakan sekiranya pembayar cukai gagal membuat bayaran terhadap baki cukai tertunggak (individu dan syarikat) selepas pelbagai peringatan dan notis telah diberikan.

“Pembayar cukai perlu menyemak status tunggakan cukai mereka melalui portal MyTax selain semakan sekatan perjalanan di laman web Jabatan Imigresen Malaysia.

“Pembayar cukai dimohon membuat bayaran atau menghubungi pejabat LHDN yang mengendalikan fail cukai untuk membuat rundingan bayaran ansuran bagi membolehkan mereka meneruskan perjalanan ke luar negara,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); Hasil Live Chat; dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN. Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan