26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Tiada kemungkinan penampakan anak bulan Khamis ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PUSAT Astronomi Antarabangsa (IAC) memaklumkan, tiada kemungkinan untuk melihat anak bulan Syawal pada Khamis ini dan Hari Raya Aidilfitri mungkin akan jatuh pada hari Sabtu.

Badan astronomi yang berpangkalan di Abu Dhabi itu dalam satu kenyataan di akaun Twitter, berkata ramalan itu adalah berdasarkan maklumat astronomi dan tarikh sebenar Aidilfitri hanya akan disahkan oleh pihak berkuasa selepas melihat anak bulan.

Penampakan anak bulan pada petang Khamis adalah sangat sukar kerana ia memerlukan teleskop yang tepat, pemerhati profesional dan keadaan cuaca yang luar biasa.

“Melihat anak bulan Khamis ini tidak boleh dilakukan dengan mata kasar dari mana-mana sahaja di dunia Arab dan Islam.

“Melihat anak bulan pada hari Khamis juga adalah mustahil dengan teleskop di kebanyakan negara Arab, kecuali bahagian Afrika Barat bermula dari Libya. Oleh itu, kemungkinan besar hari pertama Aidilfitri jatuh pada hari Sabtu,” katanya lapor Agensi.

IAC berkata, melihat anak bulan adalah sukar dan memerlukan teleskop yang tepat, pemerhati profesional dan keadaan cuaca yang luar biasa sambil memaklumkan bahawa gabungan faktor-faktor itu sangat jarang berlaku.

Advertisements

Sehubungan itu, anak bulan dijangka tidak dapat dilihat walaupun menggunakan teleskop dari mana-mana sahaja di dunia Arab.

Bagaimanapun, IAC berkata, terdapat kemungkinan beberapa negara Islam lain mungkin dapat melihat anak bulan Khamis ini dan disebabkan berlakunya waktu konjugasi, sebelum matahari terbenam dan munculnya bulan selepas matahari terbenam di semua wilayah dunia Islam.

Dijangkakan, majoriti negara-negara Islam lain berkemungkinan akan mengumumkan permulaan bulan Syawal pada hari Jumaat.

Bagi negara yang memerlukan penglihatan tepat dengan hanya menggunakan mata dan teleskop tempatan, mereka dijangka akan terus berpuasa sehingga 30 hari.

Oleh itu, Aidilfitri akan jatuh pada hari Sabtu untuk mereka.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan