27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Hina agama di kelab komedi, wanita didenda RM8,000

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

WANITA tular di media sosial kerana menanggalkan baju kurung dan tudungnya ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi dijatuhi hukuman denda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Hakim, N Priscilla Hemamalini, membuat keputusan itu selepas Siti Nuramira Abdullah, 27, menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan pilihan.

Tertuduh turut diperintah menjalani hukuman penjara empat bulan jika gagal membayar denda.

Berdasarkan pertuduhan pilihan, wanita berkenaan dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang lain dengan menyebut dirinya seorang Muslim, menghafal 15 juzuk al-Quran dan kemudian bertindak membuka tudung serta menanggalkan baju kurung sewaktu persembahan atas pentas.

Wanita itu melakukan kesalahan itu di Restoran Crack House Comedy Club, Tingkat 1, 24 Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, Brickfields, 4 Jun 2022.

Oleh itu, dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau dengan kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Advertisements

Pada 13 Julai 2022, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 298A(1)(a) KK iaitu perbuatan boleh menyebabkan suasana tidak harmoni di atas alasan agama antara orang yang menganut agama sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob, berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi daripada Siti Nuramira yang difailkan, 16 Mac lalu.

“Untuk maklumat mahkamah, representasi berkenaan diterima. Oleh itu, pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 298 KK,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan