30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Raya ‘terkejut’ sukar diulang, cerapan lebih ketat tahun ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

HARAPAN umat Islam di negara ini untuk beraya awal sehari atau ‘raya terkejut’ tampak samar susulan pelaksanaan cerapan yang lebih ketat dan teliti untuk melihat anak bulan.

Utusan Online yang memetik sumber berkata, proses mencerap anak bulan Syawal akan dilakukan pada petang 20 April dengan penuh teliti sekali gus kadar penampakan hilal sukar dibuktikan.

Katanya lagi, penelitian itu penting bagi mengambil ikhtibar apabila pengisytiharan Aidilfitri pada 2 Mei tahun lalu tidak sah malah pencerapan yang berjaya di Labuan adalah terbatal.

Katanya, kekhilafan itu mula di­sedari pakar falak tempatan setelah melihat semula rakaman temu bual eksklusif (Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersama pegawai cerapan di pulau berkenaan.

Advertisements

“Banyak kesilapan termasuk isu teknikal dikesan,” kata­nya sumber itu ketika dihubungi Utusan Online.

Susulan daripada kekhilafan yang berlaku, lapor portal itu, prosedur operasi standard (SOP) pencerapan di kesemua 29 lokasi di seluruh negara dijangka akan lebih ketat.

Dalam pada itu, sumber tersebut berkata, jika perlu, imej hilal Sya­wal dirakamkan menerusi kamera dan bukan lagi sekadar mencerap dengan melihat paparan skrin di komputer sahaja.

Katanya, pakar panel rujukan falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Hanafiah Abdul Razak mengesahkan mengenai perkara tersebut namun enggan mengulas lebih lanjut. 

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan