Thursday, June 4, 2026

Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa terbakar awal pagi tadi

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KLINIK Kesihatan Pengkalan Chepa dilanda kebakaran sehingga memusnahkan 80 peratus bangunan tengah malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (BBP) Negeri Kelantan berkata, pihaknya menerima laporan kebakaran itu pada pukul 12.26 pagi tadi.

“Setiba di lokasi mendapati kebakaran itu melibatkan satu bilik menunggu pemandu ambulans, tiga Bilik pemeriksaan doktor (pesakit luar) di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa yang dianggarkan keluasan keseluruhan bilik adalah 80X200 kaki persegi.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 12.55 dan dipadam sepenuhnya 2.18 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, punca kebakaran masih dalam siasatan. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan