Thursday, June 4, 2026

Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Vaisakhi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Chithirai Puthandu dan Vaisakhi kepada semua masyarakat Tamil dan Sikh di negara ini.

Turut menzahirkan ucapan itu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istana Negara dalam satu catatan di Facebook hari ini memaklumkan Seri Paduka berdua menzahirkan semoga perayaan itu membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat Tamil dan Sikh di Malaysia.

Tahun Baharu Tamil ialah hari pertama dalam tahun mengikut kalendar Tamil.

Sementara Vaisakhi menandakan permulaan musim menuai menurut kalendar masyarakat Sikh dan Punjabi.

-EDISI9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan