31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Wanita OKU terlantar atas katil maut dalam kebakaran

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita golongan orang kurang upaya (OKU) maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Alma, di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa, Nuraida Hashim, 43, yang mengalami masalah ketidakupayaan mental dikatakan berada di atas katil di dalam sebuah bilik rumah berkenaan.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, mangsa berjaya dibawa keluar ke tempat selamat ketika kejadian, namun pemeriksaan lanjut oleh pihak hospital kemudian mengesahkan wanita tersebut telah meninggal dunia.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut jurucakap JBPM negeri itu lagi, kebakaran melibatkan sebuah rumah dengan anggaran peratusan kemusnahan kira-kira 40 peratus.

“Seramai 15 anggota termasuk penyelia dengan diketuai oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam terlibat dalam misi memadam kebakaran itu.

Advertisements

“Turut memberi bantuan ialah jentera dari BBP Bandar Perda serta beberapa pasukan bomba sukarela (PBS) iaitu dari Kota Permai, Cross Street dan Juru,” katanya.

Ujarnya, kebakaran dapat dikawal kira-kira pukul 5.31 petang dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pukul 6.26 petang.

“Kerja-kerja ‘overhaul’ kemudian dijalankan di kawasan yang terbakar dan operasi tamat sepenuhnya pukul 7.48 malam,” katanya.

Selain bomba dan polis, operasi tersebut turut mendapat kerjasama daripada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pemegang jawatan dalam UMNO perlu tampilkan idea segar, bernas

PARA pemegang jawatan dalam UMNO di semua peringkat perlu tampil ke hadapan untuk memberikan idea-idea segar dan bernas, kata...

Lagi Artikel Berkaitan