32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Waris bayi ditinggalkan di HSA diminta tampil

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

IBU bapa serta waris kepada bayi lelaki yang dipercayai telah ditinggalkan di Hospital Shah Alam (HSA) pada 22 Januari lalu diminta segera tampil.

Pejabat Kebajikan Masyarakat (PKM) Shah Alam dalam kenyataan berkata, kerjasama daripada keluarga bayi berkenaan diperlukan untuk tindakan selanjutnya termasuk dalam soal penempatan bayi tersebut.

Advertisements

“Pihak terbabit diminta untuk hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Shah Alam di Unit G2, Tingkat G, IDCC Shah Alam, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor,” katanya hari ini.

Pihak berkenaan juga boleh menghubungi pegawai terbabit, Anis Zainol Abidin di talian 03-55458901 dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh e-mail ke [email protected]. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua lelaki cuba ceroboh Istana Negara melalui Pintu 3 ditahan

DUA lelaki warga tempatan ditahan selepas cuba menceroboh Istana Negara, Kuala Lumpur dengan alasan untuk berjumpa Yang di-Pertuan Agong,...

Lagi Artikel Berkaitan