26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Suhakam sambut baik pemansuhan hukuman mati mandatori

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyambut baik pemansuhan hukuman mati mandatori bagi 11 kesalahan membabitkan beberapa akta termasuk Akta Dadah Berbahaya dan Kanun Keseksaan.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad berkata, keputusan itu sejajar dengan usaha mereka serta Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan kerangka komprehensif bagi melindungi kebebasan asasi semua rakyat Malaysia.

Katanya, Suhakam berbangga dengan penglibatan pesurujaya dan bekas pesuruhjaya sebagai ahli jawantankuasa khas Mengkaji Hukuman Alternatif Kepada Hukuman Mati Mandatori dalam memberikan input kepada Rang Undang-undang (RUU) tersebut. 

“Suruhanjaya menghargai semua ahli Jawatankuasa atas usaha mereka ke arah penggubalan undang-undang yang penting ini.

“Suhakam percaya penghapusan hukuman mati mandatori merupakan suatu langkah positif ke arah ratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan, atau Menjatuhkan Maruah (UNCAT),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

Advertisements

RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Ramkarpal Singh. 

RUU itu turut melibatkan pindaan undang-undang yang memansuhkan hukuman mati mandatori kepada kesalahan-kesalahan berkaitan melibatkan beberapa akta 

Ini termasuk Akta Kanun Keseksaan, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Akta Senjata 1960, Akta Penculikan 1961, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Perdagangan Strategik 2010 dan Kanun Tatacara Jenayah. 

Ini bermakna di bawah pindaan itu, tiada lagi hukuman pemenjaraan sepanjang hayat sebagai alternatif kepada hukuman mati mandatori.

Sebaliknya, alternatif baharu adalah hukuman pemenjaraan tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan