Friday, June 5, 2026

Malaysia, Mesir bakal meterai MoU KL-Kaherah

Bagi membanteras jenayah rentas sempadan antara kedua-dua negara.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Malaysia dan Mesir bakal memeterai memorandum persefahaman (MOU) Kuala Lumpur-Kaherah bagi membanteras jenayah rentas sempadan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu antara yang diperbincangkan semasa menerima kunjungan Duta Besar Republik Arab Mesir, Ragai Tawfik Said Nasr di pejabat beliau.

Menurutnya, hasrat kedua-dua buah negara akan disempurnakan sedikit masa lagi demi faedah rakyat.

“Hubungan dua hala Malaysia-Mesir telah melalui pelbagai fasa anjakan kerjasama, pengalaman dan bakal menjengah ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik pada tahun 2024.

“Bertitik tolak dari hubungan diplomatik ini, perbincangan tadi berkisar kepada beberapa tumpuan antaranya usaha memperkukuh kerjasama peringkat antarabangsa dalam memerangi pengganas, kumpulan pelampau, sindiket dadah dan jenayah siber.

“Hasrat ini akan diterjemah melalui pemeteraian memorandum persefahaman Kuala Lumpur-Kaherah bagi membanteras jenayah rentas sempadan yang akan disempurnakan sedikit masa lagi,” katanya dalam Facebook, semalam.

Dalam pada itu, Saifuddin memberi jaminan langkah-langkah konstruktif akan terus diteroka bagi meningkatkan hubungan kerjasama demi faedah rakyat kedua-dua negara.

-EDISI9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan