28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

AFC kecam provokasi tentera Israel di stadium

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokasi tentera Israel ke atas pemain dan penonton dalam aksi perlawanan akhir Piala Abu Ammar, Balata FC menentang Jabal Al Mukabber di Stadium Antarabangsa Faisal Al Husseini, al-Ram pada Khamis lalu.

AFC dalam satu kenyataan berkata, badan induk bola sepak itu menggesa keganasan terhadap penduduk Palestine oleh tentera Israel dihentikan dengan segera.

“AFC meminta agar semua tindakan keganasan oleh tentera Israel terhadap rakyat Palestin dihentikan segera.

“AFC berdiri dalam solidariti teguh dengan Persekutuan Bola Sepak Palestin (PFA) dan komuniti bola sepak Palestin,” katanya.

Advertisements

Sebelum ini,perlawanan akhir itu terpaksa dihentikan lebih sejam apabila beberapa pemain termasuk penjaga gol Jabar Al-Mukaber, Rami Hamadi dan penyokong kelab Palestin berkenaan khasnya kanak-kanak dan wanita, mengalami sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata.

Rejim zionis itu telah menggunakan dua kenderaan perisai ketika menyerbu stadium dengan melepaskan gas pemedih mata di padang dan tempat penonton.

Keganasan tentera Israel itu telah menyebabkan penonton dan pemain mengalami kecederaan serta diberikan rawatan di tepi padang.

Perlawan bersambung  pasukan Jabal Al-Mukaber muncul juara dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Balata FC, melalui jaringan Zaid Qombor. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan