25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Cecair vape kena cukai bermula hari ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

CUKAI bagi cecair vape dengan kandungan nikotin pada kadar 0.40 sen setiap milimiter akan berkuat kuasa bermula hari ini.

Perkara tersebut dinyatakan menerusi warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan semalam oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berdasarkan notis warta tersebut, duti baharu berkenaan berkuat kuasa berikutan bermulanya Perintah Duti Eksais (Pindaan) 2023.

Kerajaan sebelum ini bercadangan mengenakan cukai ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.

Advertisements

Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2023 berkata, dianggarkan sehingga RM2 bilion mampu dihasilkan melalui duti eksais tersebut berikutan penggunaannya yang meluas.

Katanya, pelaksanaan duti tersebut adalah langkah untuk tidak menggalakkan penggunaan rokok elektronik itu.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, tampalan, cecair dan gel nikotin bagi membantu menghentikan tabiat merokok dikecualikan daripada Akta Racun 1952.

Merujuk warta tersebut, pengecualian itu terpakai ke atas tampalan dan gula-gula getah nikotin yang didaftarkan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan