27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Penang raih kemenangan sulung

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PENANG FC melakar kemenangan sulung dalam Liga Super 2023 selepas berjaya menewaskan Perak FC 3-1 di Stadium Bandaraya, pada malam tadi.

Tuan rumah yang turun tanpa kehadiran ketua jurulatih, Chong Yee Fatt memburu kemenangan pertama dalam enam perlawanan.

Skuad Harimau Kumbang membuka jaringan menerusi rembatan padu Sonny Saad seawal minit keenam.

Gol tersebut hadir melalui gerakan pemain tengah, Nik Akif Syahiran membuat hantaran kepada Adriano Aparecido yang kemudiannya meluru ke Sonny yang terus meledak gol tepat ke gawang lawan.

Nik Akif menambah jaringan buat Penang FC pada minit ke-37 untuk terus memberi tekanan buat Perak FC.

Gol tersebut merupakan jaringan pertama Nik Akif bersama skuad Harimau Kumbang.

Advertisements

Pemain berusia 23 tahun dari Kelantan itu menjadi duri dalam daging buat Perak FC

dengan merampas bola hasil kesilapan hantaran Haziq Puad untuk meletakkan Penang dalam kedudukan kekal selesa sebelum menuju 45 minit separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua sang Seladang melakukan empat pertukaran serentak membabitkan Sunday Afolabi, Luciano Guaycochea, Hadi Fayyadh dan Sunil Chandran untuk cuba bangkit di separuh masa kedua.

Percaturan Datuk Teong Kim Lim berhasil dengan Seo Seon-ung merapatkan kedudukan buat Perak FC pada minit ke-71.

Tandukan Giovani Gomes memberi gol ketiga untuk Penang mendahului Perak seterusnya meraikan kemenangan pertama buat pasukan tuan rumah dalam saingan liga musim ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan