25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Pemandu buat pusingan-U hingga korban 2 nyawa diburu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS kini sedang mengesan seorang pemandu lori yang membuat pusingan U sehingga mengorbankan dua nyawa di Kilometer 121, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Kampung Kelawar, malam tadi.

Dalam kejadian tersebut, dua remaja perempuan maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam nahas pada kira-kira pukul 11.18 malam itu.

Mangsa yang terkorban ialah Mimi Nurwaheeda Nor Kamar Hisham, 19, dan pemboncengnya, Nur Nabila Rosdi, 19.

Menurut Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda 115Z dalam perjalanan dari Ulu Bernam menuju ke Slim River.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, disyaki terdapat sebuah lori tangki dengan nombor pendaftaran tidak dikenal pasti telah membuat pusingan U.

Advertisements

“Keadaan itu menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu terlanggar kenderaan berat terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat digilis.

“Pembonceng turut meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Slim River.

“Siasatan lanjut diteruskan bagi mengesan pemandu lori terlibat,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan