30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Sanusi dakwa dilarang hadir majlis Kerajaan Persekutuan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd. Nor mendakwa dilarang menyertai sebarang majlis anjuran kerajaan Persekutuan.

Bahkan, beliau memaklumkan turut dilarang untuk hadir majlis kerajaan Persekutusan di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) yang dijangka pada 23 hingga 27 Mei depan.

Menurut beliau, ia merupakan keputusan terbaharu Kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Keputusan baharu kabinet PMX (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim). MB Kedah (dirinya) dihalang ke majlis Kerajaan Persekutuan termasuk Lima di Langkawi.

Advertisements

“Apa boleh buat. Kalau awak panaih (panas), janganlah pula koyak,” katanya dalam Facebook, hari ini.

Hantaran ringkas itu bagaimanapun tidak menjelaskan sebab-sebab keputusan itu diambil dan bila dia dimaklumkan mengenainya. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan