28.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

PN yakin rampas dua negeri di PRN

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) melahirkan keyakinan terhadap kemampuan gabungan itu untuk menawan negeri Selangor dan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ketua Pengarah PRN PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, keyakinan itu mengikut persiapan rapi yang dilakukan parti gabungan itu dengan melancarkan jentera pilihan raya dikenali Gempur 100 Hari sehingga 28 Jun ini.

“Jentera PRN sudah kita lancarkan dan buat Gempur 100 Hari bermula beberapa hari lepas sehingga 28 Jun ini dan selama 100 hari kita susun.

Advertisements

“Strategi PN untuk PRN menjadi rahsia kami dan tidak boleh didedahkan,” katanya seperti yang dilaporkan Malaysia Gazzete.

Terdahulu, Edisi 9 melaporkan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) telah mengisytiharkan kempen ‘Siapsiaga 100 Hari Gempur PN Best!’ sebagai persediaan menghadapi PRN yang dijangka diadakan pada pertengahan tahun ini.

Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari meletakkan sasaran menawan tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah serta gabungan itu akan berusaha merampas Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang selepas pelancaran kempen itu. – EDISI9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan