Friday, June 5, 2026

MRSM berbayar: Syed Saddiq kemuka tiga persoalan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan kewajaran dan lojik cadangan kerajaan bagi membina Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) khusus untuk golongan berpendapatan tinggi.

Ini kerana, jelas beliau, sekiranya itu berlaku (bina MRSM elit) ia lari daripada objektif asal MRSM bagi membantu anak orang miskin mendapat pendidikan yang berkualiti.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu turut mengemukakan tiga persoalan berhubung kontroversi penubuhan MRSM berbayar sedangkan terdapat lebih 180 sekolah swasta dan antarabangsa di Malaysia.

Selain itu, beliau juga bertanya sama ada Majlis Amanah Rakyat (Mara) kini mahu lebih fokus kepada bidang perniagaan.

“(Soalan) kedua, adakah Mara kini fokus untuk buat bisnes kerana dulu buat bisnes di Australia rugi puluhan juta. Dulu buat bisnes Mara Digital Mall sekarang terpaksa ditutup.

“Soalan ketiga, siapa akan dapat projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) ini? Adakah ia akan menjadi berat sebelah seperti sebelum ini?

“Jangan kita ulangi kesilapan yang sama. Saya bangkitkan soalan-soalan ini bukan kerana nak hentam kerajaan tetapi kerana saya juga adalah anak Mara,” katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebooknya semalam.

Syed Saddiq sebelum ini pernah menyuarakan pertanyaan kepada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi meminta penjelasan berkenaan proses, sumber pendanaan dan juga tanah untuk membina MRSM berbayar.

Ahmad Zahid yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan memberi jaminan untuk tidak akan menggunakan tanah Mara yang dikhaskan buat golongan miskin bagi membina MRSM berbayar.

Jelas beliau, sebaliknya kerajaan akan menggunakan PFI dan bekerjasama dengan institusi kewangan untuk pembiayaan MRSM berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan agar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar diwujudkan khusus untuk segmen masyarakat elit berpendapatan tinggi.

Menurut beliau, cadangan itu adalah hasil pandangan yang diperoleh daripada ramai pihak. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan