31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

USIM lancar kad V-ID ganti kad fizikal

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DALAM usaha menyokong transformasi digital dalam pendidikan tinggi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melancarkan kad Virtual ID (V-ID) menerusi platform USIM Mobile 2.0.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaari berkata, idea pelaksanaan kad itu tercetus pada penghujung 2022.

Katanya, pelaksanaanya melibatkan kerjasama kumpulan teknikal Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC), Pusat Komunikasi Strategik, Jabatan Keselamatan dan Jabatan Pendaftar.

“Universiti sentiasa menyokong perkembangan era permodenan dan teknologi terkini.

“Kad ini bertindak sebagai alternatif pengenalan diri secara fizikal kerana memudahkan capaian di ‘hujung jari’ menggunakan telefon pintar tanpa mengira masa dan tempat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

USIM antara universiti yang terawal membangunkan kad V-ID ini selain Universiti Putra Malaysia (UPM) dan telah menaik taraf fungsi aplikasi kepada versi USIM Mobile 2.0.

Dalam pada itu, Sharifudin berkata, aplikasi USIM Mobile edisi 1.0 yang dibangunkan pada Ogos 2019 adalah untuk keperluan capaian terutamanya pelajar sarjana muda untuk semakan keputusan peperiksaan dan lejer pelajar.  

Katanya, penggunaan secara optimum adalah ketika pandemic COVID-19 pada Mac 2020 untuk tujuan pengrekodan kehadiran staf semasa bertugas secara Bekerja Dari Rumah (BDR).

“Dengan pelaksanaan USIM Mobile ini, penerapan konsep ‘Bring Your On Device’ (BYOD) kepada staf telah dikuatkuasakan serta merta dengan semua warga USIM perlu menggunakan telefon pintar masing-masing untuk akses ke dalam aplikasi USIM Mobile dan tiada lagi Kiosk Mesin myAKRAB disediakan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan