Friday, June 5, 2026

Lelaki Myanmar parah tersepit dalam nahas dua lori

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki warga Myanmar parah selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua buah lori di Plaza Tol Sungai Long, Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) di Kajang.

Dalam kejadian jam 12.12 tengah hari itu, mangsa yang merupakan lelaki berumur 27 tahun itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki selepas tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian terbabit pada jam 12.12 tengah hari.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 12.40 tengah hari.

“Daripada siasatan mendapati, sebelum kejadian mangda dipercayai memandu sebuah lori jenis Mitsubishi namun setiba dilokasi kejadian telah merempuh sebuah lori lain.

“Akibat rempuhan itu, menyebabkan mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, anggota bomba terlibat kemudiannya menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan