26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Bersatu mohon semak pembekuan akaun bank

Turut mohon membatalkan tindakan mengenakan larangan perjalanan salah terhadap Muhyiddin.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi berhubung perintah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) membekukan akaun bank parti berkenaan.

Menurut dokumen mahkamah, Bersatu turut membuat permohonan membatalkan tindakan mengenakan larangan perjalanan salah terhadap presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Parti itu menamakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki; Pengarah Kanan Bahagian siasatan, Datuk Seri Hishamuddin Hashim; Pengarah bahagian pencegahan pengubahan wang haram (AML), Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Sri Khairul Dzaimee Daud, selaku respoden pertama hingga keempat.

Menerusi permohonan itu, parti tersebut memohon membatalkan perintah pembekuan akaun bank Bersatu di CIMB Islamic Bank Bhd dan AmBank.

Advertisements

Pada 1 Februari lalu, Azam Baki dilaporkan mengesahkan bahawa akaun Bersatu dibekukan sebagai sebahagian daripada siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

Azam Baki dilaporkan berkata akaun terbabit dibekukan untuk membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram (illegal proceeds).

Siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan