31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Jari telunjuk tersangkut cincin, tahan sakit setengah jam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CEMAS. Itulah perasaan yang dihadapi seorang kanak-kanak lelaki yang terpaksa menahan sakit lebih setengah jam selepas ‘lanyard ring‘ yang dijadikan cincin tersangkut di jari telunjuknya dalam kejadian di Kampung Delek, Klang semalam.

Mangsa yang berusia tujuh tahun itu berdepan detik cemas sejurus kejadian menimpa dan pelbagai ikhtiar dilakukan keluarga kanak-kanak berkenaan bagi mengeluarkan cincin tersebut namun tidak berjaya.

Melihat jari kian membengkak serta kebiruan membuatkan salah seorang ahli keluarga bertindak menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.

Pengarah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 11.01 malam dan sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Raja dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, peralatan khas digunakan bagi memotong cincin dipakai mangsa.

Advertisements

“Operasi tamat jam 11.50 malam sebelum anggota pulang ke balai,” katanya.

Sementara itu, ibu mangsa yang mahu dikenali Siti memaklumkan, anak sulung dari tiga beradik itu hanya mengalami kecederaan kecil selepas cincin tersebut berjaya dipotong.

“Dia ada menangis sedikit ketika sakit namun berjaya ditenangkan.

“Lepas cincin berjaya dipotong, biru di jarinya mula hilang, ada kesan luka kecil disebabkan besi tercucuk kulit namun tidak teruk dan telah disapu ubat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan