26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Empat suspek diburu kes samun bersenjata

Hasil siasatan mendapati mangsa kerugian kira-kira RM25,000 meliputi beberapa jenis barang kemas, wang tunai dan sebuah telefon pintar.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

EMPAT suspek diburu polis kerana dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah rumah banglo di Taman Sri Andalas, Klang, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner, Cha Hoong Fong berkata dalam kejadian itu, empat individu yang memakai topeng, sarung tangan serta bersenjatakan parang telah memberhentikan kereta jenis Proton Perdana dinaiki mereka di hadapan kediaman tersebut.

Beliau berkata, mangsa yang berada di dalam rumah iaitu tiga sekeluarga terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita berusia antara 46 dan 88 tahun ditempatkan di dalam bilik utama sambil diawasi dua suspek.

“Seorang daripada suspek mengambil rantai leher yang dipakai oleh dua orang mangsa manakala suspek lain menyelongkar bilik dan beg tangan mangsa.

“Suspek kemudian melarikan diri melalui pintu hadapan dengan menggunakan kenderaan sama.

Advertisements

“Seorang daripada mangsa cedera di jari kelengkeng kiri akibat menahan pintu semasa kesemua suspek cuba masuk ke dalam rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Cha berkata, hasil siasatan mendapati mangsa kerugian kira-kira RM25,000 meliputi beberapa jenis barang kemas, wang tunai dan sebuah telefon pintar.

Beliau berkata, Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hadir membuat pemeriksaan di tempat kejadian dan menjumpai beberapa barang kes yang boleh membantu siasatan.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun berkumpulan.

“Usaha sedang dilakukan bagi menangkap kesemua suspek terlibat dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau suspek diminta menyalurkannya kepada IPD Klang Selatan di talian 03-3376 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan