26 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Kerajaan sedar keperluan siap sedia hadapi ekonomi mencabar tahun ini

Sehubungan dengan itu, program-program ekonomi yang memberi fokus kepada dua perkara pokok ekonomi rakyat, iaitu kos sara hidup dan pendapatan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN menyedari keperluan untuk bersiap sedia menghadapi suasana ekonomi yang lebih mencabar pada tahun ini yang dijangka sederhana dan tumbuh pada kadar lebih perlahan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ia sekaligus akna mempengaruhi prestasi ekonomi negara.

Menurutnya, pertumbuhan ekonomi dunia dijangka lebih perlahan pada
kadar 2.9 peratus dalam tahun 2023 berbanding 3.4 peratus dalam tahun 2022.

“Oleh itu, dalam keadaan pertumbuhan ekonomi global yang dijangka lebih
perlahan dalam tahun 2023 dan pertumbuhan sukuan yang perlahan selama
empat suku berturut-turut dalam tahun 2022, kerajaan sedar keperluan
untuk bersiap sedia menghadapi suasana ekonomi yang lebih mencabar.

“Sehubungan dengan itu, program-program ekonomi yang memberi fokus kepada dua perkara pokok ekonomi rakyat, iaitu kos sara hidup dan pendapatan, akan diberi tumpuan utama dalam perancangan ekonomi,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, Kementerian Ekonomi juga meletakkan kedua-dua perkara ini sebagai fokus penambahbaikan dasar-dasar ekonomi negara dan program-program ekonomi rakyat yang mengambil pendekatan pelaksanaan bersepadu.

Advertisements

“Dasar-dasar bersabit penggajian rakyat akan dibawa ke Majlis Tindakan
Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya dasar negara diselaraskan ke arah satu sasaran pertumbuhan gaji yang menyeluruh kepada semua golongan pekerja.

“Mesyuarat pertama MTEN dijangka akan diadakan dalam bulan ini,”katanya.

Selain itu, katanya, Kementerian Ekonomi juga melancarkan program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang bertujuan menambah pendapatan rakyat dengan sasaran pertama IPR adalah golongan miskin tegar dan keluarga B40 di seluruh negara.

Ujar beliau, Kementerian Ekonomi akan mengimbangi tumpuan untuk menstrukturkan ekonomi negara dengan keperluan ekonomi rakyat berhubung kos sara hidup dan gaji yang lebih baik dalam merangka perancangan ekonomi.

Untuk rekod, Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahunan sebanyak 8.7 peratus dalam tahun 2022. – Edisi 9

.

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan