28 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Raja Zarith Sofea beri suntikan semangat kepada mangsa banjir

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

HUJAN yang masih turun sejak awal pagi tadi tidak menjadi halangan kepada Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berangkat melawat mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor Bahru.

Terdahulu, baginda dipersembahkan taklimat terkini situasi banjir di daerah berkenaan sebelum berangkat ke lokasi pertama di PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru, Pasir Gudang.

The Royal Johor menerusi Facebook memberitahu, Permaisuri Johor meluangkan masa serta memberikan kata-kata semangat kepada mangsa-mangsa banjir.

Katanya, baginda kemudian berangkat ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara yang menempatkan 557 mangsa daripada 144 keluarga.

Advertisements

“Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) menyampaikan sumbangan tunai dan kit kebersihan diri kepada setiap keluarga. Selain itu, yayasan berkenaan turut menyumbangkan 5,000 unit khemah kepada 10 daerah di Johor untuk kegunaan sebagai perlindungan sementara di PPS.

“Selain itu, Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Kesihatan Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Southern Volunteers turut menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan asas,” katanya.

Baginda diriingi isteri kepada Tunku Mahkota Johor, Che Puan Besar Khaleeda.

Banjir di Johor semakin kritikal selepas 32,719 mangsa membabitkan 9,253 keluarga telah dipindahkan ke 218 pusat pemindahan sementara (PPS) di 10 daerah yang terlibat banjir sehingga pukul 12 tengah hari tadi. –  Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan