31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Isu harta, nafkah punca isteri kedua bekas pegawai kanan polis buat laporan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ISU harta dan nafkah dipercayai menjadi punca pergaduhan menyebabkan isteri kedua kepada bekas pegawai kanan tertinggi polis membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Laporan polis berkenaan dibuat wanita terbabit selepas mendakwa dipukul suaminya dalam kejadian yang berlaku di kediaman mereka, kira-kira jam 8 malam semalam.

Menurut sumber, difahamkan kejadian itu berlaku selepas tercetusnya pergaduhan antara suami isteri berkenaan.

“Wanita berusia lingkungan 40-an itu telah mendakwa dipukul suaminya di bahagian kepala dan belakang leher.

Advertisements

“Sementara itu, bekas pegawai polis berusia lingkungan 70-an terbabit turut membuat laporan menerusi peguamnya di balai polis sama kira-kira jam 3 petang tadi.

“Bekas pegawai kanan tertinggi polis berkenaan pula membuat laporan menyatakan beliau dipukul menggunakan helmet dalam kejadian itu,”katanya memetik laporan Harian Metro.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan