32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Tujuh lagi premis warga asing diarah tutup  – DBKL

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus menggerakkan lagi usaha mengempur premis warga asing di sekitar ibu negara apabila tujuh lagi premis dikendalikan bukan rakyat tempatan diarah tutup di Parlimen Kepong.

DBKL dalam satu hantaran di facebook memaklumkan tindakan itu dilaksanakan melalui kerjasama Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan dan Pejabat Cawangan Kepong.

“Tindakan Khas Presmis Warga Asing Parlimen Kepong melibatkan Taman Pusat Kepong dan Taman Jinjang Baru Taman Cheras pada Khamis, 23 Februari 2023.

“Menerusi siri kali ini, 7 premis telah diarahakan tutup manakala 8 premis telah diberikan Notis Am,” katanya hari ini.

Advertisements

Ujar DBKL lagi, tindakan penguatkuasaan diambil dibawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang Undang Kecil 20 (1)(b) dan Undang Undang Kecil 46(1)(d).

Perkongsian berkenaan mendapat maklum balas yang positif dari warganet apabila rata-ratanya memuji tindakan agresif DBKL kebelakangan ini mengempur premis perniagaan yang dikendalikan warga asing.

Bahkan ada yang turut memberikan cadangan untuk melaksanakan operasi serupaantaranya  seperti di Puduraya, Jalan Bukit Bintang dan Jalan Klang Lama.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Dua lelaki cuba ceroboh Istana Negara melalui Pintu 3 ditahan

DUA lelaki warga tempatan ditahan selepas cuba menceroboh Istana Negara, Kuala Lumpur dengan alasan untuk berjumpa Yang di-Pertuan Agong,...

Lagi Artikel Berkaitan