27 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Noraini sah bertanding Ketua Wanita UMNO

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Dr Noraini Ahmad akan bertanding mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia yang disandangnya sekarang.

Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong telah menghantar sendiri borang pencalonan di ibu pejabat UMNO pagi tadi.

Beliau akan dicabar oleh Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang pernah menyandang jawatan Ketua Wanita UMNO sejak 2008 hingga 2018.

Noraini berkata, beliau mengharapkan perwakilan Wanita UMNO dapat memberikan peluang sekali lagi kepada dirinya bagi menerajui Ketua Wanita UMNO.

“Dalam wanita susah senang kita bersama, kerana itu Wanita UMNO adalah wanita yang luar biasa.

“Apa yang diharapkan pada 11 Mac nanti, perwakilan terutamanya dalam Wanita UMNO dapat memilih dan menilai secara bijak,” katanya dipetik menerusi portal UMNO Online hari ini.

Advertisements

Terdahulu, Shahrizat mengesahkan pencalonannya bagi bersaing dalam jawatan pernah disandangnya sebelum ini, selepas mendakwa mendapat gesaan dari kalangan pemimpin wanita akar umbi.

Selain Shahrizat, Datuk Norliza Abdul Rahim juga dijangka bertanding jawatan tersebut.

Pemilihan sayap UMNO itu akan berlangsung pada 11 Mac ini ketika Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda serta Puteri Bahagian, yang diadakan serentak di seluruh negara.

Pada tarikh berkenaan, turut diadakan Pemilihan EXCO Wanita, Pemuda dan Puteri peringkat Pusat.

Pemilihan UMNO dijadual berakhir pada 18 Mac 2023 dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan