27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Jalaluddin akan pertahan jawatan MKT UMNO

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada pemilihan parti bulan depan.

Ahli Parlimen Jelebu itu memaklumkan telah menyerahkan borang pemilihan ke ibu pejabat UMNO, semalam.

“Dengan ini, saya ingin menawarkan diri sebagai ahli MKT UMNO bagi sesi 2023-2026.

Advertisements

“Marilah sama-sama kita menyusun semula kekuatan dan kesepaduan parti untuk sebuah perjuangan yang cukup bermakna dan bernilai ini.

“Saya amat berharap agar mendapat keizinan serta mandat sekali lagi untuk saya meneruskan sumbangan selaku ahli MKT UMNO,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Jalaluddin merupakan bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu beliau berjaya mempertahankan kerusi Jelebu dengan majoriti 21,805 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lakukan ‘total cleansing’ kumpulan ajaran sesat, ekstrem agama

PIHAK berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa melakukan total cleansing (sapu bersih) terhadap kumpulan ajaran sesat dan...

Lagi Artikel Berkaitan