Thursday, June 4, 2026

Lelaki maut dihempap kereta sendiri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pemandu e-hailing apabila maut selepas dihempap keretanya sendiri ketika sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan ke atas kenderaan itu, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 11.48 pagi di sebuah Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) di Presint 5 di sini, mangsa Mohammad Azim Mohamad Sanusi, 30, disahkan maut selepas tersepit di bawah kereta jenis Perodua Bezza.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian.

“nsiden berlaku apabila mangsa dikatakan sedang menukar minyak hitam dan brek tayar hadapan kereta sebelum dihempap kenderaan tersebut,” katanya hari ini.

Ujar beliau, anggota bomba dan penyelamat juga dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengalihkan mangsa dari bawah kereta berkenaan.

“Bagaimanapun, pasukan perubatan dari Hospital Putrajaya kemudian mengesahkan bahawa mangsa sudah meninggal dunia akibat kejadian itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

A. Asmadi berkata, pihaknya turut mengambil keterangan daripada isteri mangsa dan memaklumkan bahawa bedah siasat akan dilakukan esok.

-EDISI9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan