25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Nurul Izzah tamat khidmat Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menerima tawaran berkhidmat di bawah Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan sekali gus menamatkan peranannya sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Perdana Menteri.

Nurul Izzah berkata, dia diundang untuk menyertai pasukan Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan yang dipengerusikan Tan Sri Mohd. Hassan Marican untuk perkukuhkan ekonomi negara dan rakyat.

“Beliau (Mohd. Hassan) telah mengundang saya menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat bagi membantu usaha mereka dalam memperkukuh ekonomi negara dan rakyat.

“Saya dengan rendah diri menerima tanggungjawab ini. Menerusi peranan baharu ini, saya tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya amat menghargai setiap peluang untuk menyumbang kepada negara demi melakar masa depan yang lebih baik untuk Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Ujar Nurul Izzah lagi, beliau berharap khidmat membantu Mohd. Hassan serta anggota jawatankuasa lain mampu memberi manfaat kepada negara.

Menurutnya, beliau menzahirkan sepenuh penghargaan atas setiap sokongan dan dukungan yang diberikan, baik daripada orang ramai mahupun seluruh pasukan perkhidmatan awam dan komuniti kerajaan.

“Rakyat Malaysia secara keseluruhannya mengharapkan masa depan yang cemerlang dan penyatuan yang utuh dipimpin oleh Perdana Menteri bersama Kerajaan Perpaduan.

“Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh Jawatankuasa. Sama-samalah kita menyumbang dalam sebarang kapasiti demi negara kita,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan