31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

SMART keluarkan lima lagi mangsa gempa di Gaziantep

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PASUKAN Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berjaya mengeluarkan lima lagi mangsa gempa bumi di bandar Nurdagi, wilayah Gaziantep, Turkiye hari ini.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), kelima-lima mangsa terperangkap di bawah runtuhan bangunan itu bagaimanapun sudah meninggal dunia.

“Kesemua mangsa terdiri darpada tiga lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa, dan seorang kanak-kanak perempuan,” kata NADMA dalam hantaran Facebook hari ini.

Semalam, pasukan sama berjaya mengeluarkan tiga mangsa di bawah runtuhan bangunan tujuh tingkat itu di wilayah tersebut.

NADMA berkata, pasukan SMART menggunakan peralatan khas dengan kaedah cutting and breaking bagi mengeluarkan kesemua mangsa.

Advertisements

Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi itu agak sukar berikutan struktur runtuhan yang tidak stabil serta berbahaya.

“Usaha mengesan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan masih diteruskan ketika ini,” katanya.

Gempa berukuran 7.8 skala Magnitud berdurasi 75 saat melanda barat bandar raya Gaziantep dekat sempadan Syria pada pukul 4.17 pagi (9.17 pagi waktu Malaysia) pada 6 Februari lalu.

Dianggarkan lebih 20,000 orang terkorban di Turkiye setakat ini manakala ribuan lagi mangsa masih terperangkap dalam kejadian itu. – Edisi 9 – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan