33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

[Video] Pasukan SMART berjaya keluarkan 3 mangsa gempa

Mereka terdiri daripada seorang lelaki, seorang wanita serta seorang kanak-kanak yang dipercayai daripada satu keluarga.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PASUKAN Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di Turkiye berjaya menemukan tiga mangsa yang terperangkap dalam runtuhan sebuah bangunan tujuh tingkat di Nurdagi, Gaziantep.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi Facebooknya berkata, pasukan tersebut mengambil masa kira-kira dua jam menggunakan peralatan khas sebelum berjaya menemukan ketiga-tiga mangsa.

Agensi itu berkata, mangsa-mangsa yang dijumpai itu terdiri daripada seorang lelaki, seorang wanita serta seorang kanak-kanak yang dipercayai daripada satu keluarga.

“Kesemua mangsa yang ditemukan telah pun meninggal dunia. Salam takziah,” katanya Nadma.

Nadma berkata, pada masa kini keadaan di Gazientep sejuk dengan suhu di bawah 4 darjah Celsius.

Advertisements

“Mari sama-sama kita doakan agar kesihatan para anggota SMART, NADMA pada tahap yang baik agar mereka dapat melaksanakan operasi SAR dengan lancar,” katanya.

Pasukan SMART Malaysia mengeluarkan salah seorang mangsa gempa bumi dalam runtuhan bangunan di Gazientep, Turkiye.

Semalam, Nadma dalam satu kenyataan memaklumkan 70 anggota SMART yang menyertai misi SAR itu kini dipecahkan kepada beberapa unit pasukan kecil mengikut objektif dan keperluan yang berbeza.

Pasukan pertama itu kini ditempatkan di pelbagai lokasi di Gaziantep dan Adana.

Malaysia turut menghantar pasukan kedua yang turut melibatkan 70 orang anggota SAR tetap dan terlatih iaitu terdiri daripada 20 anggota Pasukan SMART, 30 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta 20 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MB Perlis ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan dakwan salah guna...

Lagi Artikel Berkaitan