26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Dua maut dalam nahas dua buah kenderaan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Perodua Kelisa dan van kilang di Jalan Beruas, Pantai Remis, Perak, pagi tadi.

Mangsa yang maut dikenali Fatimah Mohd Ali, 64, dan Mohd Ibrahim Md Deram, 77, manakala dua mangsa cedera adalah Osman Uzmi Chulan, 70, serta Fazlina Mohd Ibrahim, 53, dan semua mereka menaiki kereta sama.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis, Penolong Penguasa Bomba, Akmal Azizi Elias, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 9.04 pagi.

“Dua mangsa yang tersepit dibawa keluar oleh bomba. Bagaimanapun, mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM).

Advertisements

“Seorang penumpang lelaki patah kaki, manakala penumpang perempuan cedera ringan.

“Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut. Mayat mangsa yang maut pula diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya seperti dilaporkan media hari ini.

Ujar Akmal Azizi lagi, operasi membabitkan tujuh anggota bomba itu tamat pukul 11.05 pagi.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan