27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Anwar bagus tetapi dikelilingi orang jahil – Shahidan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menganggap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang Perdana Menteri yang bagus namun malangnya beliau dikelilingi oleh mereka yang jahil.

Menurut bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu, mereka yang berada di keliling Anwar terdiri daripada individu yang melarang orang ramai makan ayam.

Malahan, katanya, ada juga kalangan individu di keliling Perdana Menteri itu yang mempunyau banyak musuh sehingga Anwar sendiri turut dimusuhi.

Sehubungan itu, beliau menggesa Perdana Menteri memperbetulkan keadaan tersebut bagi memastikan Anwar terus disenangi rakyat.

“Anwar ini bagus.Tapi di kelilingi orang jahil (jangan makan ayam) dan orang yang banyak musuh @ Z. Musuh dia musuh Anwar. Betulkan segera sheikh,” katanya menerusi hantaran dalam Facebooknya hari ini.

Pada masa kini Kerajaan Perpaduan yang diketuai Anwar dikecam hebat oleh orang ramai berikutan dilihat gagal mengatasi masalah kenaikan harga barang, walaupun sudah mentadbir negara lebih daripada dua bulan.

Advertisements

Ia susulan kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang menggesa orang ramai tidak memakan ayam bagi mengurangkan permintaan terhadap bahan tersebut di pasaran.

Beliau yang digelar Raja Formula kerana sering mengeluarkan formula untuk mengatasi masalah rakyat ketika menjadi pembangkang sebelum ini, turut menasihati orang ramai memboikot restoran dan kedai makan yang tidak menurunkan harga makanan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula dijangka mempunyai lebih ramai musuh susulan tindakannya mahu ‘membersihkan’ UMNO daripada anasir yang merosakkan parti.

Untuk rekod, Shahidan yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Arau dipecat keahliannya susulan tindakan beliau menyertai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Shahidan bertindak demikian selepas tidak berpuas hati apabila tidak dicalonkan Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan