26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Rumah baharu kepada mangsa kebakaran di Jalan Bagan Ikan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan membantu membina rumah baharu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk kesemua enam penduduk di Jalan Bagan Ikan, Bagan Datuk selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran minggu lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, setiap mangsa akan mendapat rumah PPRT dengan nilai RM66,000 setiap sebuah yang berkeluasan 660 kaki persegi.

“Kita akan buat secepat mungkin. Sebab semua rumah yang terbakar adalah di bawah pendudukan sementara jadi tiada masalah besar untuk kita buat (rumah baharu),” katanya.

Terdahulu beliau melawat lokasi rumah yang terbakar di kawasan itu semalam.

Ahmad Zahid berkata, hatinya luluh melihat keadaan rumah dalam kebakaran yang memusnahkan enam buah rumah minggu lalu serta mengorbankan seorang lelaki warga emas.

Advertisements

“Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Lebih-lebih lagi dalam keadaan mereka semua sedang menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.

“Saya telah menyerahkan sedikit bantuan dan Insya-Allah kesemua enam keluarga akan menerima rumah baharu PPRT nanti. Semoga bantuan ini dapat segera membantu keluarga yang terkesan,”katanya.

Dalam kejadian Isnin lalu, enam buah rumah di Jalan Bagan Ikan musnah terbakar.

Dalam kejadian sekitar pukul 6.42 pagi itu, seorang lelaki warga emas, Ong Chok Seng, 83, ditemukan maut setelah terperangkap di dalam bilik di rumahnya.

Cucu perempuan mangsa yang berusia 24 tahun mengalami kecederaan pada lutut dipercayai ketika menyelamatkan diri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan