25 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 9, 2023

Puteri Sarah kelu anak tanya soal ayahnya kahwin lain

Jadi kepada lelaki-lelaki yang pentingkan diri di luar dana, isteri nak kena jawab apa pada anak-anak kecil ini?

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KELU tanpa jawapan buat seorang wanita bergelar ibu, apabila anak kecilnya menyoal sesuatu yang tidak dijangka oleh akal fikiran.

Itulah yang dihadapi pelakon, Puteri Sarah Liyana yang tidak tahu bagaimana untuk menjawab pertanyaan anak sulungnya, Syaikhul Islam tentang tindakan suaminya, Syamsul Yusof yang berkahwin lain.

Perkara itu didedahkan oleh Sarah menerusi satu hantaran yang dibuat di Instagram malam tadi.

“Saya baru balik dari sesi fotografi. Sampai sahaja rumah, Syaikhul tanya saya ‘mama, betul ke ayah kahwin lain?’ Sebab itukah ayah dah lama tak balik rumah?

“Kenapa ayah ada orang lain? Macam mana awak nak jawab pertanyaan itu kepada budak berusia enam tahun? Saya memang terkedu,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran yang sama, Sarah juga menegur kaum lelaki agar memikirkan banyak aspek sebelum mendahulukan nafsu untuk berpoligami.

Baca juga:   Nasib bekas kakitangan Utusan terus diabaikan

“Jadi kepada lelaki-lelaki yang pentingkan diri di luar dana, isteri nak kena jawab apa pada anak-anak kecil ini?

“Nak kata ayah kahwin sebab nak elak maksiat? Ayah ikut suruhan Allah macam apa yang awak (Syamsul) jawab di dalam video? Pernah tak terfikir yang satu hari nanti nak kena jawab apa dekat anak?

“Tidak! Awak cuma fikir nafsu awak, ikut kepala otak awak saja. Ada terfikir tak kahwin lari kat Siam itu nanti anak tanya nak jawab apa?

Baca juga:   Puteri Sarah turun padang santuni masyarakat Merbok

“Lelaki di luar sana, sebelum nak perjuangkan konon poligami itu sunnah, belajar balik agama Islam ya! Fikir apa kesannya,” katanya.

Terdahulu, Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dan berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

Susulan daripada pendedahan itu, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai pada pada 16 Januari lalu.

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.

Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Musim meroyan dalam kalangan bekas pemimpin UMNO

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi secara sindiran mengatakan musim meroyan dapat dilihat berlaku...

Lagi Artikel Berkaitan