26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Tambah petugas Imigresen di KLIA – MOTAC

Ini bagi mengatasi masalah tempoh menunggu di kaunter terutama bagi pelawat asing.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mencadangkan agar jumlah petugas di kaunter Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dapat ditambah.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, ini bagi mengatasi masalah tempoh menunggu di kaunter terutama bagi pelawat asing.

Pada masa yang sama, beliau turut mencadangkan agar penggunaan sistem pengecaman wajah dapat diperluaskan.

“Usaha itu penting, melihat kepada bilangan pelancong ke Malaysia semakin meningkat.

Advertisements

“Sistem pengecaman wajah yang digunakan Jabatan Imigresen juga perlu diperluas kepada semua pelawat antarabangsa, bukan sahaja terhad kepada mereka yang mempunyai pas jangka panjang bagi memudahkan proses pelepasan.

“Jika Malaysia ingin mengalu-alukan kedatangan pelancong dan menjadikan negara ini sebagai destinasi pilihan yang berdaya saing, kita perlu menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera,” katanya lapor Bernama.

Cadangan itu diutarakan King Sing selepas meninjau proses ketibaan pelancong di KLIA dan mendapati mereka terpaksa beratur panjang, malah menunggu hampir dua jam bagi pemeriksaan Imigresen.

Selain itu, beliau turut mencadangkan pihak berkuasa KLIA untuk menempatkan petugas yang mempunyai kemahiran pelbagai bahasa bagi membantu memudahkan pelancong ketika melalui prosedur pemeriksaan Imigresen.

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan