28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Budak keluar kepala di ‘sunroof’, polis cari pemandu X70

Ini susulan rakaman video berdurasi sembilan saat yang tular dan dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Twitter

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 yang membenarkan seorang kanak-kanak mengeluarkan kepalanya melalui bumbung tembus cahaya (sunroof) di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE).

Ini susulan rakaman video berdurasi sembilan saat yang tular dan dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @nabilahroslan pada pukul 12.15 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, hasil daripada siasatan mendapati dalam rakaman video itu memaparkan sebuah SUV Proton X70 berwarna merah bersikap cuai terhadap keselamatan kanak-kanak dengan membenarkannya mengeluarkan kepala melalui sunroof kenderaan berkenaan.

“Polis kini sedang mengesan pemandu terbabit dan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

“Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga bulan atau denda tidak melebihi RM500 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Mohamad Fakhrudin berkata, pemilik atau pemandu kenderaan berkenaan dan saksi yang melihat kejadian diminta tampil membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi penolong pegawai penyiasat trafik, Sarjan Mejar Mohd Yusof Hamzah di talian 011-23065984 bagi membantu siasatan,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan