26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Harussani diserang strok, dirawat di hospital Ipoh

Mesti Baca

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini akibat diserang strok selepas solat Subuh, hari ini.

Memetik laporan Berita Harian, beliau dikejarkan untuk rawatan kecemasan di hospital berkenaan sejurus kejadian itu.

Exco Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin mengesahkan perkara itu.

Katanya, berdasarkan maklumat disalurkan Jabatan Mufti Perak, Harussani masih lagi dalam pemantauan rapi hospital berkenaan.

Advertisements

“Saya meminta seluruh rakyat Perak dan rakyat negara ini mendoakan kesejahteraan Tan Sri Mufti yang kita sayangi.

“Kita berdoa agar beliau segera sembuh kerana khidmatnya masih diperlukan di negeri ini,” kata Mohd Akmal.

Harussani, 81, dilantik sebagai Mufti Perak sejak 1985 sehingga kini dan memegang pelbagai jawatan termasuk di peringkat Persekutuan.

Antara jawatan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Teks Al-Quran dan Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan