27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Pelajar terjatuh bangunan sekolah masih tidak sedarkan diri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pelajar tingkatan tiga yang parah akibat terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolahnya di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, masih dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pelajar lelaki berusia 15 tahun itu mengalami cedera parah dan masih dirawat di Hospital Putrajaya.

“Sejak selepas hari kejadian 6 Januari lalu sehingga hari ini mangsa masih belum sedar diri dan pasukan perubatan merawat mangsa.

“Doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan parah dengan patah pada tulang pinggul, patah peha kiri, patah tangan kanan dan rahang.

Advertisements

“Mangsa juga mengalami luka di bahagian dagu dan keretakan pada rahang (multiple skull base fracture),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, polis telah mengambil keterangan tujuh individu telah untuk membantu siasatan.

“Tujuh individu berkenaan membabitkan dua orang guru dan lima orang pelajar,” katanya.

Dalam kejadian jam 10 pagi Jumaat lalu, seorang  pelajar didapati  terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bahagian kepala akibat terjatuh. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan