33.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Bukan mudah pulih sokongan terhadap UMNO – Isham Jalil

Beliau percaya perkara yang baik itu memang susah untuk dibuat, tetapi kalau ikhlas, istiqomah dan berusaha.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil mengakui bukan suatu perkara yang mudah untuk meneruskan perjuangan memulihkan sokongan orang ramai kepada parti keramat itu.

Beliau yang dilantik ke jawatan itu pada 20 November lalu turut menyedari tanggungjawabnya semakin berat dan mencabar.

Bagaimanapun katanya, beliau tekad dan percaya berbekalkan kesungguhan dan pengalaman yang ada, diharapkan segala usahanya dipermudahkan Allah.

“Berbekalkan kesungguhan yang saya miliki, saya percaya tanggungjawab ini akan dipermudahkan bagi meneruskan perjuangan memulihkan kembali sokongan kepada parti ini.

Advertisements

“Terima kasih kepada rakan di luar sana atas nasihat dan cadangan bagaimana hendak pulihkan UMNO.

“Saya amat faham dan tahu, bukan mudah atanggungjawab yang saya galas ini,” katanya menerusi hantaran video di Facebooknya, di sini.

Menurut Isham, beliau percaya perkara yang baik itu memang susah untuk dibuat, tetapi kalau ikhlas, istiqomah dan berusaha, insya-Allah, Allah akan bantu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia tambah aset, bakal miliki empat helikopter AW189

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal memiliki empat buah helikopter jenis Agusta Westland AW189 ‘medium lift’ menerusi satu...

Lagi Artikel Berkaitan