31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Polis rampas syabu bernilai RM11.5 juta di Setiawangsa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan dua lelaki tempatan bersama 320 kilogram dadah jenis Syabu bernilai RM11.5 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Setiawangsa, Sabtu lepas.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, suspek masing-masing berumur 29 dan 34 tahun itu bergiat aktif dalam pengedaran dadah sejak September lepas dan ditahan pada 5.40 petang.

Beliau berkata, dalam serbuan ke atas rumah dipercayai dijadikan stor simpanan dadah itu, polis menemukan 13 kampit guni berisi 310 bungkusan teh cina ‘Guanyingwang’ berwarna kuning keemasan dan hijau dipercayai Syabu.

Advertisements

“Polis turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Vios dianggar bernilai RM20,800 dipercayai pengangkutan untuk mengangkut dadah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Polis Kuala Lumpur, hari ini.

Polis menemukan 13 kampit guni berisi 310 bungkusan teh cina ‘Guanyingwang’ berwarna kuning keemasan dan hijau dipercayai Syabu.

Katanya, kesemua suspek direman tujuh hari mulai 25 hingga 31 Disember untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan