31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Ismail Sabri, Hishammuddin harap SAR berjalan lancar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berharap mangsa dan ahli keluarga yang terbabit tragedi tanah runtuh di Jalan Genting-Batang Kali awal pagi tadi, bersabar dan tabah menghadapi dugaan berkenaan.

Beliau yang sedih dan terkejut dengan tragedi itu berharap operasi mencari dan menyelamat (SAR) berjalan lancar dan baik.

“Sedih dan terkejut apabila dimaklumkan ramai mangsa dikhuatiri masih tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh di Jalan Genting-Batang Kali, Selangor.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat sedang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm.

“Saya berharap agar ahli keluarga mangsa sabar dan tabah menghadapi dugaan ini,” katanya menerusi Facebook.

Advertisements

Dalam pada itu, Ismail Sabri berharap, seluruh Keluarga Malaysia dapat menitipkan doa agar segala urusan mangsa dan keluarga dipermudahkan.

“Sama-sama kita berdoa agar kerja-kerja mencari dan menyelamat berjalan dengan baik.

“Keluarga Malaysia, mari kita sama-sama titipkan doa agar segalanya dipermudahkan,” katanya.

Selain Ismail Sabri, bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut dukacita dengan tragedi yang berlaku.

“Takziah kepada seluruh keluarga mangsa dan marilah kita doakan semoga operasi mencari dan menyelamat dipermudah serta lebih ramai mangsa ditemui selamat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan